Rabu, 14 Disember 2011

Wordless Wednesday - Kasih Sayang

Lahirmu disambut gembira
Seisi keluarga menantikanmu
Moga membesar dalam redhaNya..

Mak Su rindu kamu baby charah...

**Dewasa ini ujian hidup sentiasa datang silih berganti, dari pelbagai punca ia datang..terkadang terasa diri cuma sendiri meniti hidup. Baru tersedar,  bersamaku ada keluarga yang sentiasa menyiram rasa kasih sayang, mendorong kala lemah, membantu kala susah..setiap saat  nafasku mereka selalu ada..Aku mensyukuri kurniaanMu ini ya Allah. Terima kasih Tuhanku atas nikmat bahagia yang Engkau pinjamkan.

Rabu, 7 Disember 2011

Memori 2011 terpahat dihati

Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan disember sekarang..sudah sampai ke penghujung tahun.Hasil apa yang telah kita perolehi sepanjang 2011??? beruntung kah kita..berhutangkah kita..gembira ka kita..ataukah kita hanya bermuram durja sepanjang tahun..tercapai ka segala apa yang diazamkan awal tahun ini..urmm mesti banyak kan cerita suka duka sepanjang tahun..begitu juga aku

November~~

Petang 9 November 2011 sekitar jam 2.30pm usai aku kerjakan solat zohor di tempat kerja mata terpandang telefon itu..ada banyak panggilan masuk di telefon beserta beberapa sms yang semua penghantarnya merupakan saudara dari kampung..serta merta perasaanku jadi lain seolah boleh mengagak pasti ada sesuatu perkara penting yang ingin disampaikan kepadaku..belum sempat aku membuka sms itu telefon berdering lagi dan aku mendapat satu perkhabaran pilu, menerima panggilan dari anak saudara di kampung. Bapa telah kembali kerahmatullah..perkhabaran yang membuatkan aku merasa detakan jantungku berhenti di saat itu juga..perkhabaran yang membuat air mataku berasak laju keluar dari kelopak mata milikku..perkhabaran yang membuat aku terkedu terkaku dan kurasakan seolah tidak berpijak disaat itu..otak tidak tahu berfikir apa diketika itu serasa hampir menjadi hilang pedoman..darah ku rasakan berhenti mengalir..

Cepat-cepat mengucap panjang..mengingatkan diri sendiri untuk aku terus kuat, sabar dan redha..aku seka air mata dengan jemariku..cepat2 mencapai telefon walaupun jemari terasa ketar, aku mendail nombor emak..sayup2 kedengaran suara itu dihujung talian..aku tahu dia menahan sebak di sana mencuba untuk kuat depan anak-anak. Emak cuma berpesan agar kami berhati-hati disepanjang perjalanan balik ke kampung halaman..aku mengiyakan saja pesanan itu kepala kuanggukkan tanda aku paham sebolehnya aku kuatkan semangat aku tidak mahu suara tangisanku sampai di telinga emak walaupun diketika itu air mata sudah basah dipipiku hati kecilku terdetik tabahnya emak menghadapi situasi sebegini. namun jauh di sudut hatinya siapa tahu kan mungkin sedihnya lagi berlipat ganda dari kami.

jujur kukatakan saat itu apa yang ada difikiranku ialah mahu segera pulang ke kampung, mahu memeluk emak..mahu bersama dia sepanjang waktu..mahu menyeka air matanya..mahu dia tahu bahawa kami anak-anaknya akan sentiasa di sisinya walaupun bapa telah pergi jauh tinggalkan kami semua.

Petang itu jua aku terus pulang ke rumah sewa mengemas baju sehelai dua untuk ku bawa pulang..surah yassin ku bawa bersama, air mata baru sahaja kering namun saat terpandang akan baju itu perasaan sebak kembali bertandang..baju yang aku belikan buat arwah tempoh hari sewaktu bercuti di Langkawi baju itu sepasang satu untuk mak satu untuk bapa..Aku jua ada membelikan ubat gamat kerana aku tahu arwah cukup gemarkan ubat sebegitu..namun semuanya tidak kesampaian..aku yang sepatutnya balik hujung bulan ini perlu berangkat lebih awal bagi menghadiri upacara pengkebumian arwah bapa yang tercinta..

Petang itu aku, akak, abang ipar dan dua orang anak buahku pulang bersama ke kampung..di sepanjang perjalanan ke airport masing-masing hanya berdiam diri begitu jua kedua anak buahku yang masih kecil seolah memahami apa yang sedang berlaku. sayang.. saat kita pulang ke kampung nanti tiada lagi atok yang selalu membelikan kalian berdua keropok dan mainan. sungguh aku rindu bapa..

Hanya kenangan dan ingatan terhadap arwah bermain dibenak ku ketika itu.Bapa..akhirnya dikau pergi meninggalkan kami anak-anakmu, meninggalkan keluarga yang sangat menyayangimu.tapi aku harus redha..aku harus kuat..Sudah tertulis pada jam dan ketika itu engkau akan kembali kepada penciptamu

Pak..saat aku menulis coretan ini sesungguhnya aku terlalu dan amat-amat rindu kepadamu..teramat..2 hari lagi genap sebulan pemergian bapa ke alam sana. rasa baru semalam aku mendengar suara bapa di telefon..bercerita sakit yang bapa alami..kalau diikutkan bapa sudah cukup lama menanggung sakit itu sejak 2004 lagi saat aku masih di bangku sekolah menengah..tahun aku menduduki SPM..bapa sering keluar masuk wad..terkadang aku terkenang segala kesilapan dan keterlanjuran yang pernah ku lakukan terhadap arwah..aku akui aku suka memenangkan setiap pendapatku..hanya aku yang betul dalam setiap perkara..mungkin pengaruh anak bongsu buat aku mahu sentiasa menang..orang selalu kata muka aku dengan arwah iras, mungkin pasal itulah bapa sabar akan kerenahku..jarang sekali aku dimarahinya

Bayangan wajah emak difikiran..lantas doaku pohonkan ya Allah kuatkan lah semangat emakku menerima qada dan qadarmu.. emak telah kehilangan seorang yang menjadi peneman hidup sepanjang 35tahun hayatnya..seorang yang satu ketika dulu mengambil amanah daripada keluarga emak..lalu tanggungjawab itu digalasnya untuk melindungi emak..untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat emak..ya..arwah bapa telah melaksanakan tugasnya sebagai ketua keluarga dengan sebaiknya.itu aku harus akui..

Terlalu banyak pengorbanan untuk kami sekeluarga..bapa cukup gigih berkerja membesarkan kami 4 anaknya (arwah abang telah kembali kepadaNya pada 26/11/1990) Aku diketika itu baru berumur 3tahun, arwah abang jua pergi pada bulan November..memang bulan 11 ni meninggalkan banyak kenangan buat kami sekeluarga..

buatmu arwah bapa yang tersayang..anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu selalu. Akan ku titipkan doa buatmu moga aman dan tenang di alam sana..janji kami akan menjaga emak sebaiknya..Insya Allah semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah

Al-Fatihah...



**baru perasan entri lepas jua berkait soal kematian..Aku jua harus bersedia menghadapi semua itu..cukupkah amalanku untuk bertemu penciptaku kelak?? Ya Allah jadikan aku seorang hamba yang sentiasa mengingatiMu..jauhkan aku dari segala laranganMu..

Selasa, 25 Oktober 2011

Dia 'Pergi' Ketika bertugas

Malam 18 Oktober lepas telah berlangsung Malam Media Perdana 2011..Dengar pada nama  pun kita dah boleh agak apa tujuan majlis diadakan..yap, untuk meraikan media dan menghargai sumbangan dan khidmat bakti mereka..amat besar jasa mereka..

Pentas utama di malam itu
sebahagian dari hadirin. sangat ramai
petugas yang menyumbang tenaga

Majlis malam itu turut memberikan sumbangan buat waris Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor..Arwah merupakan Jurukamera dari Bernama TV yang telah terkorban akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu Somalia pada 2 September lalu.

Al-fatihah...

Walau banyak mana sekali pun nilai bantuan yang diterima ia tetap tak dapat nak menandingi nilai nyawa yang satu itu..tetap tidak boleh menggantikan ia kembali..tapi setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan beban ahli keluarga..Arwah meninggalkan seorang balu dan sepasang anak yang masih kecil, kuatkanlah semangat mereka untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa orang tersayang di sisi..Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.Amin..

p/s: Hidup dan mati adalah aturan Yang Maha Esa..kita pasti akan kembali kepadaNya kelak..cuma tak tahu bila masa dan ketikanya. Sentiasalah beringat~~

Isnin, 17 Oktober 2011

Sakit Itu...

Sakit Itu...
Hadirnya tanpa petanda
Perginya jua tanpa kata
Sesuka hati datang menyapa
Ku tahu ini dugaan yang ESA
Agar aku tidak terus terleka
Dalam dunia yang penuh noda

Sakit Itu..
Serasa ada sembilu menusuk
Amukan kuat di dinding perut
Sepantas kilat sampai di otak
Memaksa aku mencari rehat
Di mana sahaja tempat tersorok
Tanpa ada suasana bingit

Sakit Itu...
Terkadang aku mampu menahan
Acap kali juga tidak tertahan
Tanpa sedar air mata berguguran
Menzahirkan segala apa ku rasakan
Hanya meminta dosa di ampunkan
Tatkala IZRAIL muncul di ingatan


Danau Hatiku
~~bungaTulip~~


Jumaat, 7 Oktober 2011

Bayu di puncak

Baru-baru ini aku mendapat ajakan dari seorang teman lama yang ku kenali sejak kami mula menjejakkan kaki ke sekolah teknik suatu masa dahulu. Sekarang masing-masing sudah mempunyai pekerjaan..kebetulan juga tempat kerja dalam satu kawasan yang sama. Dari Sabah sampai ke Putrajaya kami still together2..

Baru sampai.. tangkap gambar kat tuan Penganjur

Teman mengajak aku untuk menyertai satu program yang dianjurkan oleh NSC (National Security Council) Ataupun dalam bahasa mudahnya di sebut juga sebagai Majlis Keselamatan Negara :) Tanpa ragu dan bimbang aku meng'iya'kan saja ajakan itu. Aktiviti macam ini lah yang aku tunggu selama ini. sangat-sangat teruja!!! Mendaki Bukit Kutu yang terletak di Perkampungan Orang Asli, Pertak, Kuala Kubu Baru. Selangor Darul Ehsan. He... lengkap betul alamat die :)

Semangat yang berkobar-kobar terpancar di raut wajah kami

Sebelum memulakan pendakian kami diberikan sedikit taklimat keselamatan yelah bila kite nak masuk hutan adab dan tingkah laku semua nak kena jaga kan.. dari segi kebersihan pun sama tak boleh buang sampah sesuka hati takut nanti ada yang 'marah'..Sepanjang pendakian aku sempat menangkap beberapa keping gambar antaranya....

   Sungai yang mengalir tenang...
                                                            
Batu yang memayungi bumi..sangat unik


Terowong asap peninggalan British

Pendakian di mulakan seawal jam 9.30am..masa memula ni memang semangat berkobar-kobar, semua nak jalan laju termasuk la aku. Mujur sampai jugak di puncak walaupun kerap kali berhenti rehat untuk mengumpul semula tenaga yang semakin lama semakin berkurang.
Sebahagian peserta pendakian

Track kali ni agak berliku, kena menyusuri beberapa anak sungai, lalu kat 2 jambatan gantung, kebun getah then sampai la ke kawasan hutan yang didalamnya terdapat pelbagai jenis tumbuhan pelbagai saiz..kena jalan kat akar pokok yang melingkari laluan utama..tu tak cite lagi pokok-pokok tumbang yang menghalang laluan pendakian.semuanya memang cukup mencabar..

Antara laluan sebelum sampai ke destinasi

Setelah melalui perjalanan yang berliku akhirnya tepat jam 1.30pm kami sampai di puncak masa tu jugak la kami terus keluarkan stok bekalan makanan yang ada antaranya megi dan coklat.ermmm...Nikmat sungguh tau makan megi di puncak bukit tambah lagi dalam keadaan badan yang letih.huh..semua makanan licin dikejakan :)

menikmati megi di puncak bukit...sangat menyelerakan

Saat kaki berpijak di ketinggian 1200 meter hilang segala penat lelah berjalan selama 4jam.Pemandangan yang sungguh memukau dari puncak melihat betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa..


Pemandangan di puncak bukit.Subhanallah..

Tepat jam 2.30 petang kami memulakan perjalanan untuk menuruni bukit kutu. Perjalanan turun makan masa tiga jam je..turun dalam keadaan berlari sehinggakan tanpa sedar kasut yang aku pakai terpisah dengan tapak..hehe ntah macam mana leh jadi macam tu.terpaksa berjalan dengan penuh berhati-hati mujur selamat sampai di kaki bukit tanpa berlaku sebarang kecederaan. Penat memang la penat tapi rasa puas hati melebihi segalanya...malam itu tidur dalam keadaan yang sangat nyenyak kaki dah rase macam ada simen di dalam nya, harap esok aku dapat berjalan seperti orang normal  :)


Isnin, 3 Oktober 2011

Merdeka Raya di Office tercinta

Assalamualaikum..

Entri kali ni berkisar pada sambutan raya yang di buat pada minggu lepas.Meriah.. itu la yang boleh aku katakan..sekali sekala buat makan-makan kat office macam ni best la pulak..awal pagi je dok buat keja sikit, lepas jam 10 dah start aktiviti menyediakan makanan..then makan-makan sampai la ke petang :)


Antara juadah yang ada

..dan lagi lasagna dan pasembor

Aneka biskut raya dan buah

Aktiviti potong memotong kek

Memang seharian jugak la makan-makan ni dah siap semua kena bekemas pulak..nak basuh bekas..nak cabut alas meja nak tapau sekali lebihan makanan ni leh la bawa balik rumah bagi kat housemate :) xla membazir kan..

Ni antara bukti penapau tegar.haha..

Officemates

Gambar kat atas ni bersama teman seperjuangan termasuk la big boss and small boss.. Kat tempat kerja aku memang di penuhi dengan bunga-bunga yang tengah berkembang. I like bunga..kumbang ada 3 je..yang 1 takde dalam gambar bab ada urusan kerja di luar..

Okey sekian entri untuk hari ini..

Mood: Excited baru nak balik rumah. arini balik lewat sikit, kesempatan itu aku amik tuk taip entri ni.daaa..jmpa lagi :)

Selasa, 20 September 2011

Sarawak Regatta Expo 2011

Assalamualaikum...

Siang tadi aku baru je Sampai dari Sarawak setelah berkampung 6 hari di sana..Esok aku dah mula kerja. Adoi rasa malas menguasai diri..aku kena gak tido awal malam ni agar esok aku dapat bangun g keja dengan senang hati sambil tersenyum simpul.hehe..

Pemergian aku ke bumi kenyalang atas urusan kerja sempena Sarawak Regatta Expo 2011..aku mendapat arahan itu semasa aku masih di kampung. mahu tak mahu aku kena gak pegi walaupun poket sedikit kering memandang kan Hari Raya yang baru saja berlalu..ahaha...apa kaitan Hari Raya dan poket kering?? sendiri mo ingat la kan, aku pasti korang paham.hehehe...sabar la nak :)


Sebelum Regatta..sempat lagi diorang wat latihan kayak

Sepanjang di Sarawak hari tu ada la jugak sedikit gambar yang sempat aku tangkap..Yang paling aku ingat makanan dia.huh memang terbaik la. saje nak cari makanan yang susah nak jumpa dan yang hanya ada di Sarawak. Antaranya Ayam Penyet

made in Rj Ayam Penyet Kopitiam..terbaek la


Nasi + Ikan Bawal Bakar


Mee Kolok Sarawak


Laksa Sarawak

Laksa Sarawak ni berbeza dengan Laksa yang ada kat Semenanjung ni sebab kuah die guna santan. rasa pun masam sedikit. lagi pekat kuah die rasa pun makin sedap tambah dengan isi ayam dan udang sekali. Laksa kat sini pla guna isi ikan. amat berbeza.. Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian makanannya..I love Malaysia :)

So korang-korang yang ada menyimpan niat untuk berkunjung ke Sarawak silakan cuba menu seperti yang dinyatakan di atas..tak rugi tau.harga pun berpatutan..ikut selera masing-masing la. macam aku ni jenis yang suke nak mencuba makanan yang tak pernah makan..kire tolak kayu ngn besi jelah yang lain semua bleh masuk :)

Okey la sekian entri makanan untuk hari ini. haha.. nanti ada kesempatan leh sambung cita lagi..nak tidur dah. gud nite.oppsss sebelum tu saje nak tempek gambar tuan punya blog.hehe...masa ni dah nak balik sempat lagi tangkap gambar..

cakkKK..


Mood: Malasnya nak keja esok. aci ke nak EL :)

Isnin, 5 September 2011

Masih di kampung

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri pada semua..hari ini merupakan syawal yang ke7..sudah seminggu syawal berlalu dan sekarang aku masih di kampung halaman menghabiskan cuti yang masih berbaki..cuti ada lagi seminggu so kena la manfaatkan sebaiknya..masa cuti memang di habiskan di rumah malas keluar, nak rehatkan badan secukupnya sebelum memulakan tugas pada minggu hadapan.perghhh.. rehat la sangat macam apa je padahal kat office dok buat-buat busy je yang lebih.haha :)

Tahun ini raya di sambut serentak dengan hari merdeka..suasana raya memang penuh dgn semangat merdeka..jalur gemilang pun di kibar serata tempat. bak kata pepatah SYAWAL DI RAIH MERDEKA DI HAYATI.chewahh...


bunga kebangsaan sempena merdeka raya :)

Masa bosan2 di rumah aku saja tangkap gambar, semua gambar ni tangkap dari tingkap dapur je kebetulan di belakang rumah ada pokok bunga raya. masa ni sekitar pukul 7-8 pagi..kat sabah jam-jam mcm ni matahari dah terang benderang.hehe...layan jelah gambar ni


lagi gambar di kampung...hijau bumi tuhan :)

ada pokok limau bali, pokok pisang, ubi kayu, kelapa, mangga macam-macam ada kan..tu yang best sedap je mata memandang pokok-pokok hijau ni


pokok keladi pun ada juga..


dan lagi pokok betik..

Yang ni betul-betul kat bawah tingkap dapur..ni mesti kes orang makan betik buang biji dia kat tingkap then tumbuh la pokok ni.haha..Tiada siapa pun yang tanam pokok ni.Untuk pengetahuan bersama betik kat Sabah di panggil juga sebagai kepayas..

mood: cuti-cuti 1 Malaysia :)

Rabu, 24 Ogos 2011

KL-KK-LD

Salam....aku masih d airport Kota Kinabalu ketika entri ini di taip..tengah menunggu flight balik ke Lahad Datu, ya LD merupakan kampung ku yang tercinta. hehe..tanah tempat tumpah darah ku..sangat merindui suasana kampung di tambah lagi mood raya sudah menguasai diri (*-*) 

Perjalananku hari ini seawal pukul 3.30pagi aku sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke airport, awal bukan? itu semangat mo balik kampung punya pasal la..takpa biar kita yang menunggu..tidak suka suasana yang kelam kabut..aku pun pasti akan jadi kalut semua jadi serba tak kena nanti..

Tepat pukul 9.30am aku berlepas dengan pesawat air asia meninggalkan tanah semenanjung..tanah tempat aku mencari rezeki..kebetulan tempat duduk dalam pesawat tu ada 3 dan aku pula duduk di bahagian tengah terfikir jugak siapakah gerangan orang yang akan duduk di sebelahku nanti, tempat duduk pun agak kecil cukup2 je..dah orang yang di nanti telah muncul..di sebelah kiri dan kanan aku dua-dua lelaki.aku pula tersepit di tengah-tengah.uwarghhhh tidakkk... mujur yg sebelah kanan tu jenis banyak cakap tidak la bosan..macam2 jugak yang kami sembangkan. sampai tak sedar kapal dah nak mendarat, yang paling tak bleh bla siap tukar2 nombor telefon tu.ahaha....keep in touch katanya :)

Sampai KK (Terminal 2) dalam jam 12pm..huh akhirnya aku berpijak jugak di bumi Sabah..lega rasa hati. aku terpaksa menunggu sehingga jam 4petang..ya pasti aku bosan kan, mujur jumpa plag leh la aku cas laptop sambil taip entri ini.hehe...

mcm ni la keadaan ku tadi angkat barang mujur ada org sudi membantu :)

Ok2 kang aku sambung jap lagi dah nak masuk dah..kang ada jugak orang yang terlepas kapal.haha..

Isnin, 22 Ogos 2011

Terkenang lagi

Assalamualaikum..

Tetiba teringat peristiwa setahun yang lalu, peristiwa yang banyak mengubah kehidupan ku..peristiwa yang banyak mengajar aku untuk terus tabah. ya, dalam kehidupan kita memang sentiasa di uji dengan pelbagai dugaan dah setiap apa yang berlaku itu kita kena tempuhi jua. walaupun terkadang hati terdetik kenapa aku yang di duga untuk menghadapi situasi ini? kenapa bukan orang lain? ahh... peritnya melalui semua itu.. kesan nya masih terasa sehingga kini walaupun ianya berlaku setahun yang lalu. luka itu masih berbisa.. Namun aku harus akui setiap dugaan yang aku terima pasti aku mampu menghadapinya kerana Allah memberikan dugaan mengikut kemampuan setiap hambanya

dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamu
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman (Al-Imran: 139)

Tapi sampai bila aku mahu terus mengimbau kenangan itu..biarkan saja ia berlalu..satu hari nanti pasti ada mentari yang boleh menerangi..pasti ada cahaya yang membawa kebahagian padaku.Aku harus yakin pada janjiNYA.. jodoh itu sudah di suratkan buatku..andai istana yang di impikan bersamanya tidak kesampaian redha pada ketentuan yang sudah tertulis. Aku harus belajar menjadi seorang yang lebih tabah. usah di tangisi lagi pada impian yang tidak kesampaian..mencuba untuk terus memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri itulah yang sebaiknya untukku..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."
(Surah al-Baqarah:ayat 216)

Ya Tuhan kuatkan semangatku untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.. berikan aku kasih sayangMU.. Yakinlah segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..Allah merancang segala yang terbaik buat semua hambanya..

Khamis, 11 Ogos 2011

Akhirnya...


Assalamualaikum...Akhirnya tercipta jugak blog bunga tulip kesayangan ini. Hehehe...Sebenarnya telah lama aku memasang niat untuk berblog tapi ada je halangan yg mendatang. Chewah... harap semuanya berjalan lancar lepas ni. Masih baru dalam dunia blogging dan masih banyak benda yang aku kena belajar.


indahnya bunga tulip ni, berwarna warni.. moga kehidupan juga akan selalu indah


Hari ni dah masuk 11 Ramadhan, rasa macam baru semalam tengok pengistiharan tarikh permulaan puasa di tv..bermakna hanya lebih kurang 2 minggu dari sekarang aku akan kembali ke kampung halaman. wah tak sabar rasanya menunggu detik itu :)